Makanan anti stress

stress amat mengganggu emosi
stress amat mengganggu emosi

Bosan boleh memicu kepada stress yang mnjadi penyebab kemurungan. Anda boleh menangani masalah ini dengan cara semuljadi. Pastikan pengambilan sumber makanan anda adalah betul.

.

  • Asparagus dan vitamin B

Asparagus dan vitamin B kaya dengan asid folik yang mampu menstabilkan emosi. Kedua-dua sumber ini berperanan menghasilkan serotonin dalam otak yang akan membantu mewujudkan rasa tenang dan gembira. Apabila mengalami tekanan, paras kortisol dalam tubuh akan meningkat lalu menyebabkan tahap serotonin merosot. Oleh itu, ambillah 7 batang asparagus bersaiz stengah inci yang dimasak sebagai sayur goreng atau sup.

.

  • Daging

Tahukah anda, daging merupakan makanan yang terbaik untuk diambil ketika and mengalami stress. Ini kerana daging mengandungi zink, zat besi, vitamin B yang penting dalam mengawal mood. Tapi jangan ambil dengan banyak, cukup sekadar satu cawan kecil daging merah saja.

.

  • Susu segar

Ambil susu segar bersama bijirin pada waktu pagi bagi memulakan hari yang baik tanpa stress. Jumlah yang disyorkan ialah setengan cawan dan tanpa gula.

.

  • Kacang almond

Almond mengandungi vitamin E, B2, magnesium dan zink. Jumlah sesuai ialah 1/3 cawan iaitu bersamaan dengan 306 kalori.

.

  • Tuna

Ia adalah hindangan makanan tengah hari yang hebat kerana kaya dengan vitamin B6. Namun, jika mahu menyediakan sandwich, elakkan daripada mencampurkan terlalu banyakmayonis ke dalam tuna.

.

  • Emping jagung atau bertih beras

Sesuai sebagai minuman petang yang kaya dengan vitamin dan asid folik. Jumlah yang sesuai ialah 1 cawan emping jagung atau 2 cawan bertih beras.

.

.

Perasan tak bahawa banyak daripada sumber di atas mengatakan bahawa vitamin B, B2, kalsium, magnesium, asid folik, vitamin E dan zink memberi kesan tenang kepada si pemakannya. Dan tahukah anda bahawa supplemen Shaklee juga mengandungi vitamin sebagai ANTI STRES iaitu:

B COMPLEX

OSTEMATRIX

VITALEA

OMEGA GUARD

SET ANTI STRES

BELI SEKARAN IKON

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk SUPER HEBAT ini, anda boleh hubungi saya, ILA 0137788279 secara sms, whatsapp atau telegram ATAUPUN anda boleh terus klik ikon “BELI SEKARANG” untuk pembelian segera.

Makanan untuk rambut sihat

Selain potongan rambut mengikut kesesuaian bentuk wajah, anda juga harus menjaga pemakanan bagi mendapatkan rambut yang sihat. Perhatikan makanan yang mengandungi zat-zat seperti kalsium, zink, omega 3 dan vitamin A. Atau anda boleh juga mengamalkan makanan seperti berikut untuk mendapatkan rambut yang sihat:

 

A) Salmon

Kandungan omega 3, vitamin B-12 dan zat besi yang terkandung di dalam ikan ini sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan zat-zat tersebut boleh menyebabkan kulit kepala dan rambut menjadi kering.

Salmon segar
Salmon segar

 

B) Sayur-sayuran berwarna hijau tua

Sayur-sayuran berwarna hijau tua seperti bayam, brokoli, lobak adalah antara sumber terbaik dari vitamin A, C dan zat besi dan kalsium yang menghasilkan sebum. Sebum mengeluarkan minyak yang menjadi pelembap semulajadi rambut.

Brokoli
Brokoli

 

C) Kekacang

Jika mahu mendapatkan rambut yang berkilau, makanlah banyak kekacang. Antaranya walnut mengandungi aasid lemak omega 3 yang dapat membantu melembutkan rambut. Kekacang seperti badam misalnya merupakan sumber zink yang baik. Kekurangan zink menyebabkan kerosakan rambut.

 

D) Produk susu yang rendah lemak

Produk susu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambut.

 

(Sumber: majalah Mingguan Wanita)

Anda boleh hubungi saya di 0137788279 untuk dapatkan set rambut sihat ini

Bahaya Stress

Jangan ambil mudah perihal tekanan yang anda hadapi. Kesannya cukup buruk, bukan sahaja pada kesihatan tubuh tetapi juga kesihatan mental.

antara punca stress
antara punca stress

 

3 bahaya stress yang perlu anda ketahui:

1- TEKANAN MELEMAHKAN SISTEM IMUN

Jika ini berlaku, anda mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Jika anda sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ia boleh memburukkan lagi keadaan. Penyakit jantung merupakan punca kematian nombor 1 di dunia. Sebahagian dari simptom atau petanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stress. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya.

 

 

2- BERI KESAN PADA JANTUNG

Para doktor telah mengesahkan bahawa perasaan dan tindakan kita akan memberi kesan kepada jantung. Fenomena baru di Malaysia ialah kerja terlalu kuat. Ramai eksekutif dan staf yang bekerja sehingga larut malam dan menjadi tertekan.

Di Jepun, ramai juga eksekutif yang meninggal kerana kekurangan rehat. Pandangan terhadap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan juga boleh menimbulkan tekanan. Jadi,a nda perlu bijak menguruskan tekanan.

 

 

3- PUNCA GANGGUAN MENTAL

Gangguan mental boleh dikaitkan dengan kesan sampingan kemajuan yang dicapai oleh sesebuah negara. Mereka yang gagal menyesuaikan diri dengan kemajuan, ditambah dengan masalah lain menyebabkan mereka mudah mengalami gangguan mental.

 

Terdapat 2 punca utama masalah kesihatan mental iaitu:

a- sejarah keluarga (dalaman)

b- persekitaran seperti stress, tekanan kerja, hubungan sosial, personaliti introvert iaitu seorang yang cepat putus asa, tidak suka bergaul dan sebagainya.

 

(Sumber: mingguan wanita)

 

usah stress
usah stress

TIP ATASI STRESS

1. Sentiasa berfikiran positif

2. Amalkan gaya hidup yang sihat

3. Pemakanan yang seimbang membantu tubuh lebih sihat

4. Jika anda ada masalah, luahkan kepada keluarga atau teman rapat

5. Manjakan tubuh dan wajah di spa agar anda dapat berehat

6. Tidur dan rehat yang mencukupi

7. Lakukan aktiviti yang digemari

8. Bersenam dan beriadah adalah antara kaedah terbaik atasi stres

9. Meditasi

(Sumber: mingguan wanita)

AWAS! Salah Rawat Telinga Undang Bahaya

Telinga diklasifikasikan sebagai antara deria utama namun soal penjagaannya sering kali di abaikan. Hanya apabila mula berasa tidak selesa atau pun kesakitan, barulah tercari-cari apakah puncanya dan bagaimana ia boleh di atasi. Sebenarnya, penjagaan telinga tidak sesukar mana. Namun isu yang sering timbul ialah langkah kurang tepat yang sering diamalkan oleh kebanyakan daripada kita. Adakah cara yang kita lakukan selama ini untuk kesihatan telinga?

 

Telinga
Telinga

Dalam rutin harian, putik kapas dianggap sebagai alatan paling penting untuk membersihkan saluran telinga. Ada yang menjadikannya sebagai amalan setiap hari dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Awas, persepsi dan cara ini ternyata salah sama sekali! Tidak perlu putik kapas dan tidak perlu juga amalan yang sebenarnya mampu membuatkan keadaan yang sedia ada baik bertukar menjadi teruk.

Tiada bukti atau kajian mengatakan putik kapas boleh membersihkan telinga sebaliknya ia mampu mewujudkan situasi kronik. Telinga yang selama ini baik sedia ada akan berdepan dengan masalah pendengaran jika amalan ini diteruskan. Kenyataan ini diperakui sendiri oleh pakar telinga di mana-mana sahaja dan masalah ini akan berterusan kerana kurangnya kesedaran masyarakat akan penjagaan telinga.

Kebanyakkan daripada kita hanya mengetahui akan fakta dan hakikat ini apabila membuat janji temu dengan doctor setelah berdepan dengan masalah. Setelah mendapat penerangan daripada doctor baharulah kita menyedari akan rutin mengorek telinga yang dilakukan selama ini jelas menyumbang kepada masalah yang sedang dihadapi.

Tindakan mengorek telinga mungkin dilihat sebagai sesuatu yang ringan namun ia tetap meninggalkan impak yang tidak disangka-sangka. Ia merupakan tindakan reflex bagi membuang tahi yang ada di dalam telinga. Tambahan pula, sudah diset dalam pemikiran kita yang tahi telinga perlu dicuci sebersih-bersihnya. Hakikatnya, tidak perlu susah-susah kerana telinga boleh mencuci dengan sendirinya.

Di dalam telinga sebenarnya sudah terdapat apa yang digelar lilin telinga. Ia terhasil melalui proses fisiologi namun jumlahnya teramatlah sedikit. Proses pencucian lilin telinga sepatutnya berlaku secara sendirinya tetapi seringkali terganggu dengan amalan tidak sepatutnya daripada empunya badan.

NO! NO! NO!
NO! NO! NO!

Rerambut halus yang ada pada telinga juga mempunyai fungsi tersendiri iaitu menyapu lilin telinga ke luar. Disebabkan itu, mereka yang tidak menggunakan putik kapas akan merasai seakan-akan ada debu di bahagian cuping telinga. Ia sebenarnya lilin telinga yang telah disapu keluar oleh rerambut. Sebaliknya jika tugas rerambut diganggu, ia akan mengakibatkan lilin telinga tidak keluar bahkan semakin terperosok ke bahagian yang lebih dalam telinga. Andai ini dibiarkan berterusan, tidak mustahil telinga akan mengalami masalah kurang dengar konduktif.

Selain itu, penggunaan putik kapas sebenarnya mendatangkan risiko tanpa disedari. Bukanlah sesuatu yang memeranjatkan jika hujung kapas tercabut daripada pemegang tatkala sedang membersihkan bahagian dalam telinga. Jawabnyam kapas tertinggal di dalam dan sukar untuk dikeluarkan meskipun dengan bantuan orang lain. Ruang saluran yang sempit serta bentuk di dalam telinga yang tidak lurus menjadikan keadaan semakin kronik.

Bagi menyelesaikannya, masalah ini harus dirujuk kepada pakar telinga dan pada kebiasaannya, alatan forsep akan digunakan untuk mengeluarkan hujung kapas yang tersekat. Bahkan ada yang mengambil risiko yang lebih besar kerana membersihkan telinga dengan menggunakan alatan seperti lidi, pin ataupun pen. Terang-terangan, kesemua alatan ini mendatangkan bahaya kepada kesihatan telinga.

Semua ini hanya akan mengundang kecederaan yang lebih serius pada telinga seperti luka dan kerosakan gegendang telinga. Malah, saluran telinga boleh terdedah kepada jangkitan kuman yang dikenali sebagai Otitis Eksterna. Kesimpulannya, kesemua alatan ini harus dielakkan sama sekali bagi memastikan penjagaan dan kesihatan telinga terus terjamin.

ADUH, SAKITNYA!
ADUH, SAKITNYA!

(artikel: Majalah Keluarga)

Bagi yang mempunyai masalah seperti berikut, adalah disyorkan agar anda mengamalkan supplemen B COMPLEX, NUTRIFERON, ZINC dan SUSTAINED RELEASE VITA C 500MG.

 

B COMPLEX : membantu untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan

NUTRIFERON : Memperkukuhkan sistem imun tubuh

ZINC : Membantu dalam proses penyembuhan luka dalam dan luar

SUSTAINED RELEASED VITA C 500MG : Membantu dalam pemulihan luka dan melindungi daripada infeksi bakteria daripada melarat

 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di suhilasadah@gmail.com atau SMS 0137788279 (Ila) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook SihatSihatSihat untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

 

CARA MUDAH HILANGKAN JERAWAT

jerawat2

Apa??? Ada jerawat???? TIDAKKKKKKKKKKKKKKK !!!!!!!!!!!!!!!!!

Fuhhhhhhhhhhhh……Mimpi rupanya. Nasib baik……

Haaaa….seramkan bila mimpi macam tu. Terus terjaga dari tidur dan cepat-cepat check muka. Nasib baik mimpi aje.

Jerawat bukan saja mendatangkan kesakitan malah ia menyakitkan mata yang memandang. Malah membuatkan si penderita pun sakit hati dengan kekurangan tersebut. Lantas akan membuatkan mereka rendah diri dan malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Bagi kaum hawa, jerawat boleh menjejaskan kecantikan mereka. Malah, rata-rata wanita mengakui bahawa jerawat pada wajah mengurangkan daya tarikan mereka. Tetapi, jangan khuatir. Jangan risau. Masalah ini boleh dirawat. Kini terdapat banyak pusat kecantikan terkemuka yang dengan tangan terbuka ingin membantu menyelesaikan masalah jerawat anda. Tetapi, tidak semua yang mampu untuk mendapatkan rawatan di tempat-tempat tersebut. Betul tak?

Disini, saya ada beberapa petua yang boleh anda praktikkan untuk membantu menyelesaikan masalah jerawat anda. Selamat Mencuba!

 

LENDIR LIDAH BUAYA

Lendir lidah buaya atau Aloe Vera ini kaya dengan pelbagai khasiat. Vitamin yang terkandung dalam lidah buaya dapat membantu mengecutkan jerawat pada wajah. Selain daripada itu, ia juga dapat membantu melembapkan dan melicinkan kulit. Penggunaan dengan konsisten dan berterusan dikatakan mampu menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan parut. Hebatkan?!

Cara penggunaannya ialah, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian wajah yang bermasalah tapi sembelum tu, cuci lidah buaya tu bersih-bersih ya. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, sapukan pada keseluruhan wajah. Biarkan sehingga kering, kemudian cuci dengan air suam. Ketika proses pengeringan, anda akan berasa sedikit gatal kerana ia sedang merawat jerawat pada wajah. Jangan di garu pula, lain pulak jadinya nanti. Biarkan saja, tetapi kalau tak tahan, bilas wajah dengan air bersih.

 

BAWANG PUTIH

Bawang putih mudah didapati didapur. Selain digunakan untuk memasak, ia juga boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh wanita. Jangan tak tahu, bawang putih juga dapat membantu menghilangkan jerawat dengan cepat tau. Caranya, kupas bawang putih, dan basuh bersih-bersih. Kemudian, belah kepada 2 bahagian. Gosokkan secara perlahan-lahan pada jerawat. Tap jangan gosok terlalu kuat, nanti melecet dan akan pedih. Jerawat akan cepat kecut dan kulit beransur pulih. InshaAllah.

 

TOMATO

Tomato juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Ia membantu mencerahkan dan melicinkan kulit. Yang paling bestnya ialah kandungan yang terdapat dalam tomato ini dapat mengatasi masalah jerawat. Caranya ialah, basuh tomato dengan bersih. Lenyek tomato hingga lumat untuk dijadikan sebagai masker. Sapukan di seluruh wajah dan biar sehingga kering. Kemudian, bilas dengan air suam. Wah, kulit akan terasa segar dan lembut.

 

MADU & KULIT KAYU MANIS

Gabungan madu dan kulit kayu manis juga dapat membantu merawat dan mencantikkan kulit. Madu sangat mujarab untuk melembap dan melicinkan kulit wajah manakala kulit kayu manis pula dapat menyembuhkan jerawat serta menghilangkan parut. Untuk menghasilkan ramuan ini, terlebih dahulu anda perlu kisar kering kulit kayu manis atau anda boleh juga tumbuk sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan madu dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan bersih. Jika nak hasil yang lebih baik, bersihkan wajah dengan air perahan lemon. Cucian lebih mendalam dan bersih, lemon juga membantu untuk mendapat kulit yang cerah dan sekata.

 

YOGURT ASLI

Jika rasa malas nak menyediakan pelbagai ramuan untuk merawat wajah, anda boleh juga menggunakan yogurt asli. Caranya ialah dengan menyapukan yogurt asli pada seluruh wajah, biarkan ia kering diantara 15 hingga 20 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu 2 kali, jerawat akan beransur hilang dan kulit juga menjadi lembap dan berseri.

Atasi kepenatan dan keletihan dengan Shaklee

download (1)

Keletihan dan kelesuan di kalangan kita tak mengira jantina dan umur. Jika masih belajar, kita penat dengan tugasan sekolah atau assignment ataupun tesis yang banyak. Nak ulangkali pelajaran lagi. Yang tinggal di asrama atau rumah sewa, nak kena basuh pakaian lagi, kenderaan lagi.

Bagi yang sudah berkahwin pula, penat denga tugasan di tempat kerja, dengan kerenah orang di sekeliling. Penat melalui jalanraya yang sesak, jem lagi. Bagi isteri pula, habis waktu bekerja, kena pula ambil anak di tempat asuhan. Sampai saja rumah, rehat sekejap saja, dah nak kena masak, basuh pakaian, melayan anak dan suami. Begitulah antara rutin harian kita. Atau ada yang nak menambah ayat lain lagi? 🙂

images (1)

“ADUH, PENATNYA”, “SAKIT-SAKIT LA BADAN NI”, “LENGUHNYA, MACM NAK TERCABUT LUTUT NI”. Ni antara aat-ayat yang sering kita luahkan bila kepenatan melanda. Apa nak buat, zaman sekarang suami isteri perlu bekerja untuk menampung keperluan keluarga yang semakin bertambah. Asalkan ahli keluarga sihat, syukur alhamdulillah.

Penat memikirkan apa yang perlu dibuat untuk mengatasi masalah keletihan anda? Kini anda tidak perlu risau lagi. Di Shaklee, kami komited untuk memperbaiki kesihatan anda ke tahap lebih baik lagi.

b komplex           vitalea          vita c plus         ostematrix

B COMPLEX (1) Menukarkan makanan kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan (2) memastikan kesihatan fungsi saraf, meredakan tekanan, kemurungan dan insomnia (3) mencegah anemia

VITALEA IRON FORMULA  (1) penambahan tenaga segera (2) sangat membantu untuk stimulasi metabolism (3) pelengkap nutrisi

VITAMIN C SUSTAINED (1) perbaiki insomnia, stress (2) membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi dengan lebih baik (3) mengukuhkan system imun

OSTEMATRIX (1) meringankan stress, sakit kepala, sebagai penenang saraf (2) memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas (3) menguatkan tulang

Sekali pandang, ni macam set untuk hamil. Ye, betul. Tetapi tidak semestinya untuk ibu yang hamil saja, sesiapa saja boleh amalkannya untuk meredakan kepenatan dan kelesuan. Tahukah anda? Ada ketikanya keletihan dan kelesuan berkait rapat dengan ANEMIA, iaitu kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dalam tubuh kita. Biasanya wanita yang dalam haid lebih mudah mendapat anemia, begitu juga dengan ibu yang hamil sebab berkongsi dengan janin. Lelaki pula, bagaimana? Lelaki juga tida terkecuali.

Darah merah menjadi berkurangan disebabkan beberapa faktor. Antaranya kurang penghasilan seperti kegagalan sumsum tulang untuk berfungsi. Kegagalan ini juga mungkin boleh terjadi akibat kurangnya bekalan zat dalam badan seperti zat besi, asid folik dan vitamin B12. Selain itu, penghasilan boleh berkurangan disebabkan faktor keturunan, di mana kurangnya gen menghasilkan protein asas penghasilan darah merah dipanggil globin. Keadaan ini dipanggil Thalasemia. (sumber http://www.hmetro.com.my/articles/Bahayapenghidapanemia/MA/Article)

Siapa yang boleh ambil set ini? Sesiapa saja yang berumur 18 tahun ke atas boleh mengambil set ini. Yang berumur bawah 18 tahun, sila rujuk kepada Pengedar Sah Shaklee anda untuk dos yang sesuai. JAdi, jangan biarkan diri anda sentiasa di rundung keletihan dan kelesuan. BERTINDAK SEKARANG.

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh hubungi saya, ILA 013 7788279, Pengedar Sah Shaklee anda.

B COMPLEX SHAKLEE

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada dalam pada vitamin B kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang lebih baik.

 

Kelebihan ataupun kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Adakah anda tahu bahawa vitamin B adalah vitamin larut air. Jadi sebarang lebihan tidak akan disimpan dalam tubuh sebaliknya disingkirkan melalui pencernaan. Oleh yang demikian, adalah SANGAT PENTING untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.

 

Mari kita lihat apakah manfaat B Complex ini:

â–  membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus ia mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan

â–  memastikan kesihatan fungsinsaraf sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

â–  memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut anda (gunakan juga sistem rawatan rambut ProSante dari Shaklee)

â–  mengurangkan masalah keletihan mata, membantu mencegah katarak, membantu meningkatkan kualiti penglihatan kita, memperkasakan memori dan fokus

â–  membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, migrain, muntah-muntah, mabuk laut atau mabuk darat

â–  baik untuk masalah senggugut, meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya pada mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit

â–  membantu mencegah kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah, nafas berbau

b komplex