Promo Shaklee Bulan Januari 2018

Bulan ni adalah masa yang terbaik untuk anda dapatkan Omega Guard dan Vitalea For Children dengan Harga Murah!!

Nak anak cerdik?

Nak andak Mudah tumpu pada pelajaran?

Nak Anak Lebih sihat?

Maka amalkan Omega Guard dan Vitalea For Children ini. InshaAllah, ada perubahan pada anak anda.

Whatsapp 0137788279 untuk pembelian produk

26 SIFAT SOMBONG UNTUK MUHASABAH DIRI 

 Taman Orang Orang Soleh:

Inilah 26 Sifat Sombong Yang Kita Sering Ada Pada Diri Tanpa Kita Sedari. Baca Dan sama-sama muhasabah diri…
Ingatlah, jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain kerana orang sombong tidak akan masuk ke dalam syurga.
1. Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.
2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.
3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja.
4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja.
5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan.
6. Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain.
8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.
9. Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya.
10. Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.
11. Orang sombong kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf.
12. Orang sombong suka dihormati.
13. Orang sombong suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar.
14. Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu.
15. Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain.
16. Orang sombong kurang menghormati pemberian orang lain.
17. Orang sombong suka menceritakan kelebihan diri sendiri.
18. Orang sombong suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.
19. Orang sombong kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan.
20. Orang sombong kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.
21. Orang sombong kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.
22. Orang sombong tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain.
23. Orang sombong tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Orang sombong suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
25. Orang sombong tidak senang dengan kejayaan orang lain.
26. Orang sombong sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain didepannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira.
Sabda Rasulullah SAW, “Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya mempunyai sifat sombong walaupun sebesar biji sawi.”

 Hadis riwayat Muslim
Semoga memberi manfaat.
C&P
(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Jangkitan telinga tanpa sedar

Si kecil berusia setahun ke bawah kerap kali mengalami jangkitan pada telinga tanpa disedari. Keprihatinan ibu bapa mengesan jangkitan tinga ini boleh membantu mengelakkan kemerosotan atau hilang deria pendengaran pada masa akan datang.

.

Si kecil lebih cenderung untuk mendapat jangkitan telinga berbanding orang dewasa kerana keadaan telinganya ya g sedang membesar mempunyai saluran yang lebih pendek dan kecil. Keadaannya juga lebih mendatar dan sempit yang mudah memerangkap cecair. Tambahan pula antibodi si kecil masih tidak sekuat orang dewasa, maka mereka lebih berisiko untuk mendapay jangkitan.

.

Menurut pakar telinga, hidung dan mulut, Dr Andrew Hotaling melaporkan masalah pendengaran mengganggu perkembangan si manja seperti pertuturan. Jangkitan bakteria dan virus pada telinga sering berlaku pada bahagian telinga tengah.

.

Tanda-tanda telinga si manja dijangkiti:

-demam

– merengek dan gelisah

– masalah untuk tidur

– sering menarik dan mengorek telinga atau memegang bahagian telinganya.

(Sumber: Pa&Ma)

Oleh yang demikian, jika anda mendapati anak anda bertindak sedemikian, cepat-cepatlah jumpa dokyor pakar telinga, hidung dan mulut untuk pemeriksaan lanjut.

AWAS! JIKA KENCING BERNANAH

Gonorea atau dikenali sebagai kencing bernanah adalah salah satu penyakit kelamin. Penyakit ini biasanya dibawa oleh pasangan dan menular melalui hubungan seksual. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh juga berlaku melalui ciuman atau sentuhan badan.


Penyakit Gonorea kerap berlaku kepada lelaki, namun dari segi rawatan ia sangat mudah untuk diubati berbanding dengan penyakit-penyakit kelamin yang lain. Namun, tidak mustahil, jika lambat dirawat, ia boleh menimbulkan komplikasi.

.

Antara tanda-tanda seorang lelaki terkena penyakit Gonorea ialah:

  1. Gejala awal timbul dalam tempoh 2 ke 7 hari
  2. Seseorang akan merasa tidak selesa pada saluran air kencing, rasa sakit ketika membuang air kecil, diikuti keluar nanah dari Mr. P
  3. Biasanya lelaki yang mengalami penyakit iniakan mengeluh rasa sakit semasa kencing, keluar nanah berwarna kekuningan atau keputihan terutamanya pada waktu pagi. Jika tidak dirawat, ia akan menimbulkan komplikasi kepada alat kelamin
  4. Suka membunag air kecil dan kencing secara paksa. Penyakit ini mula merebak ke bahagian atas saluran air kencing.
  5. Lubang alat kelamin kelihatan merah dan membengkak

.

Mengesan Gonorea

Cara untuk mengesan jangkitan Gonorea ialah:

  1. ujian air kencing
  2. ujian darah
  3. sampel – diambil daripada bahagian jangkitan seperti saluran kencing, dubur atau zakar untuk mengesan bakteria penyakit ini

 

Rawatan Gonorea

  1. Antibiotik – bakteria akibat Gonorea kalis kepada ubat-ubatan biasa dan menyukarkan proses rawatan. Jadi, antibiotik perlu diberikan bersama untuk merawat penyakit ini
  2. Rawatan atau ujian susulan lain perlu dilakukan untuk mengesan kehadiran penyakit kelamin lain
  3. Penting untuk menghabiskan kesemua antibiotik yang diberikan dan mengikut cara pengambilan yang disarankan
  4. Walaupun terdapat ubat-ubatan yangboleh merawat Gonorea tetapi ia tidak dapat menyembuhkan kembali kerosakan kekal akibat penyakit ini
  5. Seseorang yang pernah dijangkiti dan sembuh daripada penyakit ini, boleh mendapat kembali penyakit inisekiranya melakukan hubungan kelamin bersama pasangan yang dijangkiti Gonorea.

 

Boleh di elakkan

  1. Lakukan hubungan kelamin dengan pasangan yang sah dan bebas daripada penyakit ini
  2. Penggunaan kondom dengan cara yang betul semasa hunbungan kelamin dapat mengurangkan risiko jangkitan. Walaubagaimanapun, jika terdapat perubahan pada alat sulit seperti keputihan yang luar biasa, sakit ketika membunag air kecil, ruam dan sebagainya, anda perlu berjumpa doktor. (Sumber Mingguan Wanita)

Amalan di bulan Ramadhan

Apabila masuk bulan Ramadhan, banyak amalan dan doa yang seharusnya kita laksanakan. Semiga apa yang kita lakukan ini akan mendapat pahala dan dikurniakan rahmatNya.

.

Di antaranya ialah:

1. Tiap malam,kita hendaklah mengerjakan SOLAT SUNAT TARAWIH secara berjemaah dan juga menunaikan SOLAT TAHAJJUD

2. Banyak bersedekah dan menjamu orang ramai berbuka di rumah

3. Sentiasa berjemaah pada setiap solat fardhu, beriktikaf di masjid dan banyak membaca al-Quran

4. Sewaktu hendak berbuka atau bila-bila masa sahaja, banyakkanlah membaca kalimat ini sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu

“Aku naik saksi bahawa tiada Tuahn yang disembah melainkan Allah dan aku memohon kepadaMu akan syurga dan perlindungan dari api neraka”

5. Sentiasa berdoa dengan doa ini sepertimana yang diajarkan oleh baginda kepada Aisyah RA

” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka memberi maaf, maka berilah kemaafan ke atasku.”

6. Sewaktu berbuka,bacalah

“Ya Allah! KeranaMu aku berpuasa dan atas rezekiMu akuu berbuka.”

7. Kita amat digalakkan menyambut kedatangan Ramadhan dengan membaca doa ini

Sumber: 

1.Buku Himpunan Solat Sunat Lengkap beserta doa dan wirid harian

Credit kepada: Shafiqolbu (Doa bulan Ramadhan)

Deria rasa bayi

Deria rasa bayi anda tidak akan bertindak balas dengan rasa masin atau garam sehingga usia mereka 6 bulan. Anda pasti sedia maklum, makanan bergaram tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi berusia 1 tahun ke bawah. Jika anda memberinya juga, ia seolah-olah sesuatu yang sia-sia kerana deria rasa mereka belum berkembang sepenuhnya sehingga boleh menikmati rasa masin dalam makanan. Pada usia 6 bulan, deria rasa bayi anda baru mula mengenal rasa masin. Ketika usia ini jugalah buah pinggang si kecil mila menggunakan sodium dalam proses.

​5 cara redakan kemarahan si kecil

1. Ketahui punca kemarahan anak anda. Kenalpasti adakah kemarahan disebabkan rasa lapar, bosan atau suasana kurang menyenangkan. Dengan cara tersebut, anda dapt mencegah kemarahannya sejak dari awal

2. Sentiasa bersikap tenang di hadapan anak. Jangan cepat melatah atau cepat marah untuk hal yang remeh. Hal ini kerana dengan bersikap demikian, anak-anak akan dapat mempelajari sesuatu daripada apa yang dilihat dan didengarnya.
3. Elakkan daripada memarahi ana ditenpat awam kerana dikhuatiri dia akan bersikap lebih memberontak kerana dimarahi di khalayak ramai. Bawalah si kecil anda ke tempat yang lebih sunyi dan terangkan apa yang dibuatnya itu adalah salah
4. Peluklah ketika anak sedang marah kerana sebahagian besar anak-anak yang mengamuk akan lebih tenang bila dipeluk
5. Sebaiknya tahan diri anda untuk menasihati si kecil setelah keadaan betul-betul reda. Ini kerana jika menasihatinya ketika sedang marah, ia mungkin akan menyebabkan anda juga turut marah. Lebih teruk, ia menjadi pengaruh yang tidak baik untuk diikuti oleh anak yang cepat marah
(Sumber : Pa&Ma)