Makanan untuk rambut sihat

Selain potongan rambut mengikut kesesuaian bentuk wajah, anda juga harus menjaga pemakanan bagi mendapatkan rambut yang sihat. Perhatikan makanan yang mengandungi zat-zat seperti kalsium, zink, omega 3 dan vitamin A. Atau anda boleh juga mengamalkan makanan seperti berikut untuk mendapatkan rambut yang sihat:

 

A) Salmon

Kandungan omega 3, vitamin B-12 dan zat besi yang terkandung di dalam ikan ini sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan zat-zat tersebut boleh menyebabkan kulit kepala dan rambut menjadi kering.

Salmon segar
Salmon segar

 

B) Sayur-sayuran berwarna hijau tua

Sayur-sayuran berwarna hijau tua seperti bayam, brokoli, lobak adalah antara sumber terbaik dari vitamin A, C dan zat besi dan kalsium yang menghasilkan sebum. Sebum mengeluarkan minyak yang menjadi pelembap semulajadi rambut.

Brokoli
Brokoli

 

C) Kekacang

Jika mahu mendapatkan rambut yang berkilau, makanlah banyak kekacang. Antaranya walnut mengandungi aasid lemak omega 3 yang dapat membantu melembutkan rambut. Kekacang seperti badam misalnya merupakan sumber zink yang baik. Kekurangan zink menyebabkan kerosakan rambut.

 

D) Produk susu yang rendah lemak

Produk susu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambut.

 

(Sumber: majalah Mingguan Wanita)

Anda boleh hubungi saya di 0137788279 untuk dapatkan set rambut sihat ini

Tinggalkan komen