SAKIT? 7 makanan yang PERLU DIELAK

tak sihat....hmmm....
tak sihat….hmmm….

Ketika sakit, tubuh akan kehilangan banyak cecair bagi memastikan kelancaran sistem sentiasa berada di tahap yang sepatutnya. Tatkala ini mengambil makanan yang tidak tepat hanya akan melambatkan proses penyembuhan seterusnya menjadikan tubuh semakin lemah.

 

 

Berikut adalah beberapa jenis makanan yang sebaiknya dielakkan ketika sakit:

> KOPI

Hindari kopi sekiranya anda sakit terutamanya demam. Kafein yang terkandung di dalam kopi dikatakan mampu melemahkan sistem kekebalan tubuh seterusnya melambatkan proses penyembuhan. Bukan setakat itu sahaja, kesan kafein yang paling ketara membuatkan anda pening kepala, banyak berpeluh dan hilang keseimbangan.

 

 

> KEJU

Keju adalah makanan yang sukar untuk dihadamkan terutamanya ketika diserang loya dan cirit-birit. Ia membuatkan tubuh semakin lemah dan sekaligus melambatkan proses melawan bakteria yang menjadi punca kepada jangkitan dan sakit perut.

 

 

> KUBIS DAN BROKOLI

Kubis dan brokoli perlu dielakkan sekiranya diserang masalah cirit-birit. Sayur ini boleh menyebabkan pertambahan gas di dalam perut meningkat dan sekaligus bakal memudaratkan penyakit sedia ada.

 

 

> KACANG

Umum mengetahui bahawa kacang tanah cukup kaya dengan sejenis bahan yang dikenali sebagai arginine, di mana ia mampu meningkatkan suhu badan seseorang. Oleh sebab itu, anda perlu menghindari kacang tanah sekiranya diserang demam. Begitu juga dengan semua jenis kekacang.

 

 

> TELUR

Elakkan memakan telur semasa terkena cirit-birit
Elakkan memakan telur semasa terkena cirit-birit

Elak mengambil telur ketika anda sedang diserang cirit-birit. Keadaan perut yang lemah ketika itu tidak mampu untuk menghasilkan enzim yang cukup untuk mencernakan protin di dalam telur. ia hanya akan memburukkan lagi cirit-birit dan menyebabkan masalah lain seperti mual dan kembung.

 

 

> MAKANAN RINGAN

Makanan ringan bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak, malah orang dewasa juga tidak ketinggalan dari mengambilnya. Sebaik-baiknya cuba elakkan daripada mengambil makanan tersebut ketika sakit atau berhadapan dengan masalah pencernaan. Lemak tepu yang terdapat didalamnya akan menjejaskan sistem penghadaman dan seterusnya menjadikan sakit bertambah teruk.

 

 

> DAGING

Lemak yang terdapat pada daging hanya akan melambatkan kemampuan tubuh ketika membunuh keman dan bakteria penyebab penyakit seperti demam dan selesema. Kesannya, anda memerlukan lebih banyak masa untuk kembali sihat. Elakkan pengambilan daging ketika sakit, sebaliknya gantikan dengan sayur-sayuran yang kaya dengan bahan antioksidan bagi mengekalkan kesihatan tubuh.

 

(Sumber: Mingguan Wanita 2015)