Amalan di bulan Ramadhan

Apabila masuk bulan Ramadhan, banyak amalan dan doa yang seharusnya kita laksanakan. Semiga apa yang kita lakukan ini akan mendapat pahala dan dikurniakan rahmatNya.

.

Di antaranya ialah:

1. Tiap malam,kita hendaklah mengerjakan SOLAT SUNAT TARAWIH secara berjemaah dan juga menunaikan SOLAT TAHAJJUD

2. Banyak bersedekah dan menjamu orang ramai berbuka di rumah

3. Sentiasa berjemaah pada setiap solat fardhu, beriktikaf di masjid dan banyak membaca al-Quran

4. Sewaktu hendak berbuka atau bila-bila masa sahaja, banyakkanlah membaca kalimat ini sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu

“Aku naik saksi bahawa tiada Tuahn yang disembah melainkan Allah dan aku memohon kepadaMu akan syurga dan perlindungan dari api neraka”

5. Sentiasa berdoa dengan doa ini sepertimana yang diajarkan oleh baginda kepada Aisyah RA

” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka memberi maaf, maka berilah kemaafan ke atasku.”

6. Sewaktu berbuka,bacalah

“Ya Allah! KeranaMu aku berpuasa dan atas rezekiMu akuu berbuka.”

7. Kita amat digalakkan menyambut kedatangan Ramadhan dengan membaca doa ini

Sumber: 

1.Buku Himpunan Solat Sunat Lengkap beserta doa dan wirid harian

Credit kepada: Shafiqolbu (Doa bulan Ramadhan)