Deria rasa bayi

Deria rasa bayi anda tidak akan bertindak balas dengan rasa masin atau garam sehingga usia mereka 6 bulan. Anda pasti sedia maklum, makanan bergaram tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi berusia 1 tahun ke bawah. Jika anda memberinya juga, ia seolah-olah sesuatu yang sia-sia kerana deria rasa mereka belum berkembang sepenuhnya sehingga boleh menikmati rasa masin dalam makanan. Pada usia 6 bulan, deria rasa bayi anda baru mula mengenal rasa masin. Ketika usia ini jugalah buah pinggang si kecil mila menggunakan sodium dalam proses.

Advertisements

Resepi bayi 6 bulan

Ibu-ibu pasti teruja mahu memperkenalkan makanan yang pertama kepada bayinya. Tetapi tidak tahu makanan apakah yang patut diberikan kepada mereka. Di sini, saya kongsikan resepi bayi 6 bulan yang diharapkan dapat membantu ibu-ibu diluar sana. Selamat Mencuba.

 

PURI LOBAK MERAH

Bahan-bahannya:

50 gram lobak merah (dikupas dan dipotong kecil)

100ml air susu ibu

 

Cara-caranya:

1. Rebus lobak merah sehingga empuk

2. Selepas sejuk, kisarkan dalam mesin pengisar

3. Tambahkan sir susu ibu dan kacau rata. Jika masih pekat, boleh tambahkan sedikit air rebusan lobak merah

INFO: Puri lobak merah menghasilkan rasa yang manis secara semulajadi. Untuk kesan yang lebih sedap, pilih lobak merah yang masih muda dan bersaiz kecil

 

 

PURI LABU

Bahan-bahan:

Sepotong labu (dikupas dan dipotong kecil)

100ml susu ibu

secawan air

 

Cara-cara:

1. Kukus atau rebus labu dengan seawan air sehingga lembut. Lebih kurang dalam 20 hingga 30 minit

2. Masukkan labu yang direbus tadi ke dalam pengisar bersama susu ibu atau air

3. Kisar halus sehingga mendapat puri yang lembut

INFO: Khasiat yang terdapat didalam labu membantu mempercepatkan proses pertumbuhan badan bayi dan merangsang kecerdasan otak si comel

 

 

PURI BROKOLI

Bahan-bahan:

5 kuntum brokoli

100ml sus ibu

secawan air

 

Cara-cara:

1. Rendam brokoli dalam air sejuk

2. Bersihkan dan kukus sehingga lembut

3. Kisar dengan susu ibu atau air masak sehingga halus

INFO: Brokoli dikatakan sebagai sayuran yang paling kaya dengan zat antioksidan

 

 

BUBUR KENTANG

Bahan-bahan:

½ genggam beras

½ biji kentang (dikupas dan dipotong kecil)

100ml susu ibu

 

Cara-cara:

1. Masak nasi seperti hendak masak bubur

2. Kukus atau rebus kentang sehingga lembik

3. Kisarkan bubur dan kentang secara berasingan atau boleh juga dicampur sekali

4. Kemudian campurkan dengan susu ibu

5. Biarkan puri menyejuk sebelum diberikan kepada bayi

TIPS: Pastikan anda menggunakan air yang lebih daripada biasa supaya nasi menjadi lembut dan kembang supaya ia senang dikisar

 

 

BUBUR SALMON DAN BAYAM

Bahan-bahan:

½ genggam beras

sedikit bayam

ikan salmon

100ml susu ibu

 

Cara-cara:

1. Masak nasi seperti hendak masak bubur. Sukatan air sama seperti langkah menyediakan bubur kentang di atas

2. Setelah bubur hanpir masak, masukkan sayur bayam

3. Kukus ikan salmon sehingga lembut

4. Kisar bubur, ikan salmon dan sauyr bayam sehingga halus. Campurkan kesemuanya bersama susu ibu

5. Biarkan puri menyejuk sebelum diberikan kepada bayi

TIP: Selain dikukus, salmon juga boleh direbus sebelum dikisar

 

 

PURI EPAL

Bahan-bahan:

50gm oat

1 biji epal (dikupas dan potong kecil)

¼ sudu teh serbuk kayu manis

100ml sus ibu atau susu formula

air panas secukupnya

 

Cara-cara:

1. Sediakan pengisar, masukkan oat, epal, serbuk kayu manis, susu dan air panas

2. Kisar sehingga lumat dan halus. Tambahkan air jika terlalu pekat

3. Tuangkan ke dalam mangkuk

4. Biarkan puri menyejuk sebelum diberikan kepada bayi

TIPS: Bagi mengelakkan sebarang alahan, sebaiknya gunakan susu ibu sebagai ganti susu formula

 

 

PURI BAYAM DAN UDANG

Bahan-bahan:

50gm oat

1 biji kentang (dikupas dan dipotong kecil)

1 tangkai bayam (dicuci dan dipotong)

50gm udang (dibuang kulit)

air secukupnya

 

Cara-cara:

1. Sediakan sebuah periuk. Didihkan air dan rebus kentang sehingga empuk

2. Setelah kentang empuk, masukkan pula udang dan bayam. Kacau dan masak lagi

3. Masukkan oat ke dalam pengisar bersama renehan tadi dan kisar sehingga halus

4. Hidangkan kepada bayi apabila sejuk. Tambahkan air jika perlu.

TIP: Udang boleh digantikan dengan sumber protein lain seperti ayam ataupun ikan. Jika tidak mahu merebus, tumis bahan mentah dengan sedikit minyak sehingga empuk

 

 

PURI PISANG

Bahan-bahan:

50gm oat

1 biji pisang masak (dikupas dan potong kecil)

¼ sudu teh serbuk kayu manis

100ml sus ibu atau susu formula

air panas secukupnya

 

Cara-cara:

1. Sediakan pengisar, masukkan oat, pisang, serbuk kayu manis, susu dan air panas

2. Kisar sehingga lumat dan halus. Tambahkan air jika terlalu pekat

3. Tuangkan ke dalam mangkuk dan biarkan puri menyejuk sebelum diberikan kepada bayi.

TIP: Seelok-eloknya pilih pisang yang benar-benar masak supaya tidak bergetah dan kelat

 

 

PURI KELEDEK KISMIS

50gm oat

100gm keledek (dikupas dan potong kecil)

150gm kismis hitam

100ml susu ibu atau susu formula

air panas secukupnya

 

Cara-cara:

1. Sediakan sebuah periuk dan didihkan air

2. Rebus keledek sehingga empuk. Kemudian, tapis dan toskan

3. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus

4. Tambahkan air jika perlu dan biarkan suam sebelum diberikan pada bayi.

 

sumber: Resepi dan panduan langkah pemakanan anak

 

SEKIAN SAHAJA. SELAMAT MENCUBA!!