Deria rasa bayi

Deria rasa bayi anda tidak akan bertindak balas dengan rasa masin atau garam sehingga usia mereka 6 bulan. Anda pasti sedia maklum, makanan bergaram tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi berusia 1 tahun ke bawah. Jika anda memberinya juga, ia seolah-olah sesuatu yang sia-sia kerana deria rasa mereka belum berkembang sepenuhnya sehingga boleh menikmati rasa masin dalam makanan. Pada usia 6 bulan, deria rasa bayi anda baru mula mengenal rasa masin. Ketika usia ini jugalah buah pinggang si kecil mila menggunakan sodium dalam proses.

Bayi dan makanan pejal

Image

Proses memperkenalkan bayi dengan makanan pejal boleh dilakukan selepas bayi berusia 6 bulan. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu dberikan perhatian.

Berikut adalah 10 perkara yang perlu diambil kira oleh ibu bapa SEBELUM memberi bayi makan makanan pejal:-

  1. Bayi berusia 6 hingga 8 bulan perlu diberi makanan pejal di antara dua hinga tiga kali sehari
  2. Jangan sesekali mendesak anak makan banyak pada satu-satu masa. Beri bayi anda masa untuk belajar makan makanan pejal
  3. Makanan pejal yang sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ialah puri. Puri tersebut bolehlah dicairkan dengan mencampurkannya bersama susu ibu
  4. Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pisang, labu, lobak merah, kentang dan brokoli sesuai untuk dijadikan puriImage
  5. Pada peringkat permulaan, elakkan memberi bayi anda makanan yang boleh menyebabkan masalah alergi seperti keju, kekacang, makanan laut dan telur
  6. Jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan bayi anda kerana buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut
  7. Mulalah perkenalkan makanan jejari selepas anak anda semakin pandai makan iaitu ketika usia sekitar 8 bulan
  8. Jika anak menolak makanan yang anda berikan padanya, jangan marah atau terus memaksa anak makan makanan tersebut. Mungkin bayi anda belum bersedia untuk menerima makanan tersebut. Cuba berikan anak anda menu yang lain. Yang paling penting, ibu bapa jangan cepat berputus asa   Image
  9. Ketika memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, beri dia manu yang sama selama 4 hingga 7 hari. Hal ini penting untuk melihat tindakbalas tubuh anak anda terhadap makanan tersebut. Adakah dia mengalami masalah penghadaman atau alah kepada makanan yang anda berikan itu
  10. Sekiranya anak anda demam atau sakit, anda perlu memberi dia minum banyak air dan berikan dia makanan yang paling digemarinya

(artikel: Pa & Ma)