AWAS! JIKA KENCING BERNANAH

Gonorea atau dikenali sebagai kencing bernanah adalah salah satu penyakit kelamin. Penyakit ini biasanya dibawa oleh pasangan dan menular melalui hubungan seksual. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh juga berlaku melalui ciuman atau sentuhan badan.


Penyakit Gonorea kerap berlaku kepada lelaki, namun dari segi rawatan ia sangat mudah untuk diubati berbanding dengan penyakit-penyakit kelamin yang lain. Namun, tidak mustahil, jika lambat dirawat, ia boleh menimbulkan komplikasi.

.

Antara tanda-tanda seorang lelaki terkena penyakit Gonorea ialah:

  1. Gejala awal timbul dalam tempoh 2 ke 7 hari
  2. Seseorang akan merasa tidak selesa pada saluran air kencing, rasa sakit ketika membuang air kecil, diikuti keluar nanah dari Mr. P
  3. Biasanya lelaki yang mengalami penyakit iniakan mengeluh rasa sakit semasa kencing, keluar nanah berwarna kekuningan atau keputihan terutamanya pada waktu pagi. Jika tidak dirawat, ia akan menimbulkan komplikasi kepada alat kelamin
  4. Suka membunag air kecil dan kencing secara paksa. Penyakit ini mula merebak ke bahagian atas saluran air kencing.
  5. Lubang alat kelamin kelihatan merah dan membengkak

.

Mengesan Gonorea

Cara untuk mengesan jangkitan Gonorea ialah:

  1. ujian air kencing
  2. ujian darah
  3. sampel – diambil daripada bahagian jangkitan seperti saluran kencing, dubur atau zakar untuk mengesan bakteria penyakit ini

 

Rawatan Gonorea

  1. Antibiotik – bakteria akibat Gonorea kalis kepada ubat-ubatan biasa dan menyukarkan proses rawatan. Jadi, antibiotik perlu diberikan bersama untuk merawat penyakit ini
  2. Rawatan atau ujian susulan lain perlu dilakukan untuk mengesan kehadiran penyakit kelamin lain
  3. Penting untuk menghabiskan kesemua antibiotik yang diberikan dan mengikut cara pengambilan yang disarankan
  4. Walaupun terdapat ubat-ubatan yangboleh merawat Gonorea tetapi ia tidak dapat menyembuhkan kembali kerosakan kekal akibat penyakit ini
  5. Seseorang yang pernah dijangkiti dan sembuh daripada penyakit ini, boleh mendapat kembali penyakit inisekiranya melakukan hubungan kelamin bersama pasangan yang dijangkiti Gonorea.

 

Boleh di elakkan

  1. Lakukan hubungan kelamin dengan pasangan yang sah dan bebas daripada penyakit ini
  2. Penggunaan kondom dengan cara yang betul semasa hunbungan kelamin dapat mengurangkan risiko jangkitan. Walaubagaimanapun, jika terdapat perubahan pada alat sulit seperti keputihan yang luar biasa, sakit ketika membunag air kecil, ruam dan sebagainya, anda perlu berjumpa doktor. (Sumber Mingguan Wanita)