Tanda-tanda ginjal mulai bermasalah


.

.

Terdapat banyak punca penyakit ginjal kronik, tetapi yang paling kerap ialah disebabkan oleh penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Selain terdapat protein dalam urin dan mengalami penurunan fungsi ginjal selama 3 bulan atau lebih, tanda-tanda lain ginjal anda mula bermasaalah  termasuklah berlaku perubahan pada pola buang air kecil, bengkak, rasa letih, gatal dan ruam pada kulit, nafas menjadi berat dan sesak. Jika terdapat simptom sedemikian, segeralah berjumpa doktor.
(Sumber: iSIHAT)

Minum susu tak gemuk, asalkan…..

Menurut Doktor Fiastuti Witjaksono, pakar gizi dari Fakulti Kedoktoran Universiti Indonesia (FKUI), rutin mengambil susu tidak akan membuat gemuk. “Yang membuat gemuk itu kalau terlalu banyak mengambil kalori, bukan kerana pengambilan susu,” katanya. 

.

Satu gelas susu mengandungi 122 kalori. Untuk membakarnya, kita perlu melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan cepat selama 25 minit.

Kutu, pergi jauh-jauh!!

Masalah kutu memang menjadi mimpi ngeri hamper kepada setiap ibu bapa. Tanda-tandanya ialah gatal yang kuat pada permukaan kulit kepala disertai tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Kutu rambut disebabkan tidak hanya pada factor kebersihan, tetapi juga boleh berjangkit dari orang lain, seperti kawan sekolah dan ahli keluarga yang lain. Atasi masalah ini dengan:

  1. Gunakan ubat kutu khas yang boleh dibeli di farmasi atau kedai ubat. Anda juga boleh menggunakan cara tradisional seperti membasuh rambut anak dengan air lemon. Tunggu sehingga setengah jam kemudian basuh pula denga air cuka yang bercampur dengan air suam untuk menghancurkan telur kutu.
  2. Sentiasa memotong pendek rambut anak perempuan anda yang mempunyai kutu. Jika anak lelaki, sebaiknya cukur habis rambut mereka
  3. Gunakan sikat yang bergerigi rapat kerana sikat jenis ini dipercayai berkesan untuk mencari kutu dan telur kutu. Lakukan saat anda menyikat rambut si kecil supaya mereka tidak menolak untuk dicari kutu
  4. Perhatikan kebersihan anak-anak. Bersihkan rambut mereka setiap hari. Periksa kebersihan cadar dan tempat tidur. Pastikan ia bebas daripada debu dan serangga kecil.

(sumber: Pa&Ma)

Aiskrim untuk anak


Aiskrim merupakan salah satu makanan kegemaran si kecil anda. Ia biasanya boleh didapati dengan mudah dan sukar untuk mengawal pengambilan makanan ini buat anak-anak. Ada beberapa cara untuk anak anda nikmati makanan kegemaran ramai ini secara sihat:

  1. Sajikan dalam sukatan yang kecil. Elakkan memberi dengan banyak sekaligus kerna kanak-kanak boleh menghabiskan aiskrim yang digemari sekaligus
  2. Berikan topping potongan buah-buahan agar anak-anak mendapat khasiat yang lebih baik. Contohnya  jenis kekacang seperti walnut atau badam yang boleh dijadikan sebagai topping tambahan
  3. Berikan pilihan dan mereka hanya dibenarkan memilih satu topping sahaja
  4. Setelah memberikan aiskrim, berikan mereka minum air putih sahaja
  5. Jangan lupa untuk suruh mereka berkumur ataupun menggosok gigi supaya tidak meninggalkan bakteria pada gigi si kecil anda

(sumber: Pa&Ma)

Dapatkan SET KESIHATAN ANAK SHAKLEE yang terdiri daripada MEALSHAKES, OMEGA GUARD DAN VITAMIN C CHEW untuk memberikan anak anda imunisasi dan kesihatan yang lebih baik. Hubungi saya, Ila 0137788279 untuk mendapatkan produk hebat ini.