Bagaimanakah proses derma darah?

Teringin nak derma darah tapi anda tak tahu bagaimana prosesnya? Jom kita baca, apakah proses menderma darah.

.

PROSES DERMA DARAH

1. Penderma darah haruslah mengisi borang PDN3/2000/Pin.1 atau 2. Pegawai Kesihatan atau kakitangan yang bertugas akan membantu anda jika anda mengalami kesulitan semasa mengisi borang.

.

2. Penderma akan ditanya dengan beberapa soalan (soalan umum tentang kesihatan, sejarah menderma, dll) dari pegawai kesihatan untuk mengenal pasti tentang kesihatan penderma tidak terjejas.

.

3. Menjalani pemeriksaan untuk mengenalpasti kumpulan darah A, B, AB atau O. Kemudian pemeriksaan fizikal akan dilakukan untuk memeriksa suhu, tekanan darah, denyut nadi dan kadar hemoglobin dalam darah.

.

4. Penderma yang layak untuk menderma akan mengambil masa selama 10 hingga 15 minit sahaja. Penderma diminta untuk baring di kerusi yang disediakan. Lengan penderma akan dibersihkan sebelum dicucuk.

.

5. Setelah selesai proses pengambilan darah, penderma akan diberikan sedikit makan dan minuman ringan dan dibenarkan pulang.

.

Apa yang berlaku pada darah yang diambil tadi?

Mungkin ramai yang ingin tahu tentang darah mereka selepas didermakan. Darah yang didermakan aka dibahagikan menjadi komponen-komponen yang berbeza dalam masa 8 jam selepas me derma.

Darah akn dibawa ke makmal untuk menjalani ujian. Apabila selesai ujian darah, darah anda akan disimpan di tempat simpanan khas. Darah tersebut akan dibawa ke hospital jika diperlukan. Darah itu akan ditranfusikan kepada pesakit yang memerlukan komponen darah tersebut mengikut penyakit si pesakit.

.

Oh, begitu rupanya proses menderma darah. Jadi, bagi sesiapa yang berniat nak menderma darah tu, boleh la baca artikel ini sebagai rujukan. 

.

(sumber : iSIHAT)

Nak naikkan hemoglobin darah dengan segera? Dapatkan set ini

Sesuai untuk wanita dan lelaki. Juga sesuai untuk ibu hamil juga

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s