Elak makanan manis bila stress

Awal pagi lagi sudah membuatkan anda tertekan. Lebih malang, timbunan kerja di atas meja menambahkan lagi tekanan yang anda rasai sedari pagi tadi. Malang betul anda pada hari ini. Namun jangan sesekali mengalah kerana perjuangan anda baru bermula. Hari anda masih panjang lagi untuk anda mengalah di pagi hari.

Walaupun anda tertekan, elakkan daripada mengalah dan mengambil makanan- makanan manis sebagai pengganti sarapan anda yang tidak sempat dijamah ketika di rumah. Manusia secara semulajadi lebih gemar mencari makanan yang boleh menenangkan diri mereka daripada tekanan dan selalunya makanan manis menjadi sasaran utama.

Ini kerana, gula mampu memberi rasa tenang pada diri apatah lagi jika makanan itu adalah makanan kegemaran. Bimbang jika terlalu mengikut perasaan, habis hampir 5 biji kuih keria. Itu belum cukup lagi jika anda makan bersama kuih kaswi atau nasi lemak.

Untuk mengelakkan daripada anda terlebih makan, terutama makanan manis, cuba minum salah satu daripada minum minuman di bawah untuk membantu mengurangkan stress anda:

1) SUSU
Susu mengandungi tryptophan yang melalui metabolisma tubuh turut diubah menjadi serotonin yang mampu meningkatkan mood anda. Tambah lagi kandungan kalsium, magnesium dan kalium yang terdapat dalam susu membantu menjaga tekanan darah anda.

2) Coklat Panas
Minuman hangat terutama coklat akan menaikkan suhu tubuh sehingga kita akan beras lebih selesa dan nyaman. Bukan saja pada tubuh tetapi kesannya juga dirasai oleh otak kita.

3) Teh Hitam
Berbanding kopi, cuba pesan teh hitam untuk anda nikmati. Menurut kajian yang dilakukan di Universiti College London, minum teh hitam 4 kali sehari berkesan menurunkan kadar hormon kortisol yang menyebabkan stress.

4) Air Sejuk
Cubalah minum segelas air sejuk dan berjalan-jalan ke ruangan kerja anda. Sebaiknya di kawasan yang mempunyai pemandangan hijau seperti pokok-pokok dan sebagainya. Cara itu, cairan di dalam tubuh akan bergerak dan hormon endorphin akan terhasil sehingga meredakan stress anda.

(Sumber: mingguan wanita)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s