AYAH, tunggak keluarga bahagia

Ayah sayang kamu

Ayah sayang kamu

Menjadi suami kepada isteri dan ayah kepada anak-anak pastinya bukan suatu tugas yang mudah. Namun ia menjadi tanggungjawab yang perlu dipikul untuk setiap lelaki yang telah berkahwin.

 

Tips untuk para bapa amalkan dalam kehidupan seharian untuk menjadi ayah dan suami yang sempurna di mata anak-anak dan isteri anda.

 

1. BERSERONOK

Berseronoklah dan nikmati dengan hati yang terbuka. Ya, benar. menjadi bapa besar tanggungjawabnya,namun cabaran yang ada pastinya buat anda lebih matang. Tunjukkan kepada anak-anak bahawa menjadi seorang ayah adalah sesuatu yang menggembirakan.

 

 

2. LUANGKAN MASA

Luangkan masa dan bertanggungjawab terhadap anak-anak. Ada sesetengah daripada bapa yang terlepas peluang untuk menghabiskan masa dengan anak-anak kerana mempunyai keutamaan lain yang dirasakan lebih penting. Sekali masa berlalu, ia tidak akan kembali lagi. Oleh yang demikian, sebagai bapa adalah penting untuk anda wujudkan keintiman dengan anak-anak anda sejak mereka kecil kerana pasti sukar untuk dekati mereka setelah mereka mula membesar.

 

 

3. GURU KEPADA ANAK-ANAK

Menjadi guru kepada anak-anak adalah cara terbaik untuk mengajar mereka. Kanak-kanak perlu diajar apa yang betul dan apa yang salah dan ia perlu ditunjukkan oleh ayah mereka sendiri. Buat keputusan di hadapan mereka dan terangkan kepada mereka bagaimana anda mencapai keputusan tersebut dengan pilihan yang ada. Terangkan juga kepada mereka bahawa tidak salah untuk membuat silap asalkan mereka belajar dari kesilapan yang dibuat dan cuba untuk tidak mengulanginya semula.

 

 

4. KASIH SAYANG

Tunjukkan kasih sayang kepada si kecil anda. Sesetengah lelaki mungkin tidak selesa untuk menunjukkan secara terbuka rasa kasih sayang mereka terhadap anak-anak namun itu adalah salah satu cara dalam mendidik anak. Dengan contoh yang anda berikan kepada mereka tentang kasih sayang, ia juga akan mengajar mereka tentang kasih sayang kepada orang lain yang berada disekelilingnya.

 

 

5. HORMATI IBU KEPADA ANAK-ANAK

Hormatilah ibu kepada anak-anak anda. Hormat-menghormati, bertolak-ansur dan saling tolong-menolong dalam hal rumah tangga akan memberikan kesan yang baik bukan sahaja kepada anda dan isteri tetapi juga kepada naka-anak anda. Daripada situlah mereka akan belajar nilai-nilai murni dalam kekeluargaan yang anda terapkan secara tidak langsung. Mudah kan?

 

 

6. PENDENGAR YANG BAIK

Jadilah pendengar yang baik untuk anak-anak anda dan sentiasalah bersabar dengan apa jua perkara yang anda buat untuk kebaikan mereka. Jangan terlalu memaksa mereka melakukan apa yang mereka tidak suka dan sokonglah apa yang anda rasakan terbaik untuk mereka.

 

(Sumber: Pa&Ma)

Advertisements

One thought on “AYAH, tunggak keluarga bahagia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s